Follow Home
| Litter star world |
Y
SAYA SAYANG AWAK :'*
Kehidupan
06 Oktober, 2015 • 8:51 PTG • 0 comments

Hi semua ! Dah lama tak update blog ni, maklumlah dah busy dengan Kolej sekarang. Dah jadi budak Diploma, Btw. Kehidupan sebagai pelajar College ni sangat menyedarkan aku tentang dunia luar dan juga kepada diri sendiri, ye dekat kolej aku tak ramai kawan sebab apa? Sebab baru lagi, right? So, aku tak ada lah nak hairankan sangat pasal kawan. Sebab aku datang sini niat nak belajar and lagipun aku sendiri nak datang sini dengan rela hati, tak sanggup nak duduk dengan banyak masalah kat rumah. Memang dekat kolej kehidupan aku bebas, tapi tak lah nak kata bebas dengan orang yang sama tapi berlainan ragam orang yang aku kenal.

Kolej yang aku belajar sekarang ni bukan sebarangan kolej, nampak je kolej swasta ni biasa biasa. Tapi student nya bukan sebarangan student, anak orang kaya kebanyakan nya. Tapi alhamdulillah setakat ni tak ada lagi masalah yang timbul, harap untuk sem sem akan datang aku tak buat hal. In Shaa Allah. Dekat Kolej aku amik jurusan MQA, Course Diploma In Hotel Management. 

First masuk kos ni, acah acah blur plus bosan la jugak kan. Lama lama aku jadi suka and dah mula rapat dengan kawan lain, tapi hakikatnya kena jugak lah terima if ada kawan yang suka tikam belakang. Depan baikk belakang burukk, itu perkara normal bagi aku sebab dah biasa dapat kawan macam tu. Alhamdulillah setakat ni belajar okayy je even ada subject yang aku lemah, tapi aku cuba untuk focus lebih dekat short sem sekarang ni. Aku cuba baiki apa yang takdapat aku pick up,

Kehidupan kat kolej ni biasa je sebenarnya, cuma kebebasan yang kita dapat tu berlainan. Kat sini aku sedar aku bukan siapa siapa and tak ada siapa pun yang boleh damping sebelah aku, ye. Tak ada siapa pun,  mesti tak percaya kan? Its normal, dekat rumah aku leka dengan gadget dengan lepak dengan kawan dengan sebagainya sampai aku langsung tak ingat aku dah jauh tersasar dijalan Allah s.w.t. Tapi, setelah beberapa bulan aku duduk kat hostel ni. Aku mula sedar, sikit demi sikit aku cuba untuk perbaiki diri supaya jadi yang lebih baikk. Aku bukan lah nak kata aku ni baikk, takk. Aku just nak ingat pada diri sendiri, selepas arwah pakwe aku dah tak ada, aku rasa kosong gila life aku. Ada kawan pun dah tak rapat, em. Tapi tak apa la.

Aku tak kesah semua tu, aku sedar untuk apa aku hidup untuk apa aku belajar and untuk apa aku berjaya satu hari nanti. Aku taknak sia sia kan nawaitu aku bila dah ada dekat kolej swasta ni even lari dari Form 6, hahahahahahah. Rasa macam rindu kat orientasi form 6 yang lepas, tapi tak apa lah bukan rezeki aku kat situ. In Shaa Allah aku akan buat sehabis baikk dekat kolej ni, apa apa pun yang kita pilih dalam jalan kehidupan kita. Janganlah sia sia kan peluang yang ada, gunakan sebaikk yang mungkin, bangga kan ibu ayah dengan keputusann yang cemerlang. In Shaa Allah, okayy? Daa, gtg ! Nak buat apa yang patut bila ada life dekat hostel ni. Assalamualaikum ~

Menuju STPM
16 Mei, 2015 • 5:45 PG • 0 comments


Dah berhabuk tinggalkan blog ni, setelah pemergian ShahidiAzmi. Banyak menghabiskan masa dengan kerja dekat 7Eleven #1387, bila dah tahu dapat tawaran masuk PraU. Aku terus berhenti bekerja xD, em. Sementara tunggu pendaftaran PraU, aku jugak sempat kerja tak sampai sebulan dekat butik TwinHeaven jadi babysitter. Aku paling goma dengan baby Apish, even dia manja sangat. Tapi dia comel gila bagi aku, dengan badan yang semangat dia tu. Haihh, buat aku jatuh cinta pada budak budak baru berapa bulan.

5/5/2015, aku berdaftar sebagai pelajar PraU di SMK Dato' Sheikh Ahmad. Or dikenali sebagai Tingkatan 6 Rendah, hari pertama daftar dekat D'shah ramai gila orang. tapi taklebih dari 100 malah kurang, hahahahahah ! Baguslah tak ramai pelajar, takde lah nanti nak belajar sepadat padat nyaa ~ susah ilmu tu nak masuk ^^.

Lepas berdaftar sebagai pelajar PraU, kami semua kena datang Orientasi anjuran MPP(Majlis Perwakilan Pelajar) selama 2Minggu, dan dalam masa 2minggu itu jugak kami rasa kami telah menjalankan explorace yang agak mencabar, sampai aku kalah kena makan PERIA T.T apakk sedihh. Em em, tapi takpa hanya untuk suka ria. Orientasi selama 2minggu amat cukup untuk membuat pilihan untuk pilih pakej mana yang kami semua amik. 

Them yang ada dalam gambar tu, diaorang semua classmate lama yang amik pakej 3 iaitu pakej Geografi, Ekonomi and B.Melayu. Hampir satu kelas aku yang join pakej tu xD. Tak sangka pulak kan, apa apa pun. STPM ni je lah tempat aku mereput untuk dapat pointer cantik untuk terus ke Degree nanti, In Shaa Allah kami mampu untuk hadapi segala yang diberi oleh pensyarah kami nanti. Amiin,

Taklupa juga, AlFatihah untuk awakk abang(kesayangan) Muhammad Shahidi B. Mohd Azmi :')) rindu teramat sangat. Amiin.

Our Moment :')
15 November, 2013 • 12:30 PG • 0 comments


Hey guys, today 15/11/13. Hari terakhir persekolahan bagi sesi 2013 and next year aku pulak jadi SPM candidates, hmm hmm. Ma ! Nak jadi kecil balik boleh tak?! Tak ready lagi ni, hurghhh. Hahah, exam akhir tahun guaa sedih ! Nasib baik gred LULUS walaupun ada yang gagal :3 hari ini juga adalah Hari Persaraan Pn Rafiah Abu Samah. Guru Tingkatan 6, and telah melepaskan jawatan sebagai Ketua Bidang. Tapi aku tak pergi pun, hahah ! Tak ada mood nak pergi majlis tu, hmmm. 

Last day sekolah this year, rasa macam tak berapa nak happy. Sebab ada je benda yang buat aku sakit hati, but sometimes bila aku terserempak dengan budak tu aku rasa sejuk je hati. Tak tahu la kenapa, crush aku tu comel sangat kot? Hmm hmm, hahah ! "okayy perasan" untuk hari terahir ni aku gantikan geng aku yang tak datang dengan geng KitaKitaAje :')

Thanks kauorang sebab sudi buat moment last day for today dengan aku, pape pun aku tetap sayang kauorang sebagai kawan aku dunia akhirat walaupun aku tak rapat sangat dengan kauorang. :') aku hargai sahabat yang baik macam kauorang even kauorang selalu buat orang sekeliling sakit hati. ILoveYouSoMuchFriends ! :* Lepak dengan kauorang, buat hati aku rasa happy je even aku ada banyak masalah yang kauorang tak pernah rasa. You all the best friends that I've never found :') kekadang orang yang tak rapat dengan kita ni la yang buat kita happy walaupun kita tak tahu masalah kita.

P/S : Setiap perhubungan yang terjalin sebagai PERSAHABATAN, kita mesti akan rasa inginkan SATU kelainan seperti kita inginkan satu KELUARGA yang sangat MEMAHAMI :') sebab itu kita harus menjaga hubungan kita antara satu sama lain. Salah ditegur, perbaiki kelemahan kita sesama sendiri.


Alhamdulillah.
12 Oktober, 2013 • 8:20 PTG • 0 comments

Heyy blogger sekalian :') lama dah tak update blog ni kan. Rindu kat kauorang, ha ha ha ~ kauorang sihat? Kalau sihat baguih la, kalau tak sihat padan la muka xD hakhak ! K gurau, 

Okayy, aku nak cerita something kau kauorang ni. Harini dah 3bulan 10hari aku dapat mengenali diri dia :') alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Aku tak berharap yang dia boleh bagi aku semua benda yang boleh buat aku happy, aku cuma harap yang dia boleh bagi aku kebahagiaan, kepercayaan dan kesetiaan dalam perhubungan. Itu semua dah cukup untuk buat aku bahagia :) 

Aku juga berharap, aku boleh bahagia macam dulu. Aku happy dengan kawan aku, family aku. Tapi sekarang dah mula hilang sikit demi sedikit, sampai sini je la cerita. Tak sanggup nak type lagi, bye. 

Salam Lebaran Untuk Semua
11 Ogos, 2013 • 12:09 PG • 0 comments

Hai peeps ! Dah lama tak jenguk blog aku ni, maklum la busy dengan Puasanya busy dengan rayanya. Kali ni raya tak la meriah mana daripada tahun lepas :'D ada la sikit happy nya sebab pakcik guwaa belu mercun banyak bhaii ! Aku kalau kira, boleh dikatakan dalam 16 kotak lah makannya xD aduyai ~

First raya, aku dengan family busy dokk bersiapkan diri nak balik Kampung halaman papa guwaa a.k.a DekBot ni kat Tampin haaa. Tapi, kitaorang adik beradik sempat lagi snap gambar pakai 360 dekat phone SIII mama aku. Dari kanan aku, tengah tu akak aku and belakang tu abang aku ^^ kitaorang omey first day raya tu :') 
Sungguh tak lah cengkerik mana sebab last minute baru la ada yang nak memanja dengan aku ni haa, haha* budak ni nama dia Rayyan. Tapi orang lain panggil dia boboi. Dia ni active gilaa, tapi kalau dah kena lepuk dia diam seribu bahasa and duduk dekat mummy dia xD
Budak ni omey ! Dia kalau gelak, mengalahkan orang tua. Haha, gelak kemain kuat. Tapi dia ni pemalu sikit orangnya, hmm hmm. xD aku dulu rapat gila dengan mama dia orang selalu panggil dia Amoi tapi aku tak ingat nama dia siapa, papa selalu sakat aku bila jumpa kakMoi sebab kakMoi tu sebijik ghoman eih macam Cino sama la dengan aku. Sebab tu la papa suka sakat kami, dah. Malas cerita pepanjang, *tak panjang mana pun senanya* :) tak ada idea dah ni ^_^ pape pun. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk awak semua :* 



LOVE? :'D
19 Julai, 2013 • 6:49 PG • 0 comments

Yaw peeps ! xD hahah ! Dah lama tinggalkan blog aku ni, rindu wuu babe -.- nak setori ni. Lepas Hari Koperasi, malam tu. Aku sah ! *Ajet sah je ni* haha* okayy aku jadi milik SHAHIDI ! Okayy, faham tu? Shahidi -.- 

But, I'm sorry dude. Aku masih belum boleh nak sayang kau sedangkan hati kau masih pada EX kau yang dulu, tapi aku akan cuba untuk sayang kau. Kau cakap kau suka since form 3 right? But, you never know that I'm admirer you since form 2. Almost 3years okayy, :') 

Pape pun ! Aku tetap akan cuba untuk SUKA, CINTA, SAYANG dekat KAU ! K, faham tu? Tapi, kau kena juga buat perkara yang sama dengan aku. DELETE EX and your memory with HER :'/ 

Btw, I LOVE YOU BUSUK :'* 

Siapa amik dia dari aku, better you watch out ! Okayy? Good ! Sayang kau xD kbye.


Hari Koperasi ^_^
06 Julai, 2013 • 12:47 PG • 0 comments
Hello people ! I'm back for the title Hari Koperasi, now I'll let you see the picture without caption and comment.







The yellow shirt is ME ! Wajib ada gambar aku xD haha* kbye :) 

I MISS YOU :'/
• 12:41 PG • 0 comments


Heyy peeps ! Miss my blog ohh xD hahahaha ~ well, selalu sangat busy dengan benda yang tak sepatutnya. Tak ada masa untuk update blog tersayang ni :* - sayang lah SANGAT - xD haha* okayy. Back to the story,

Nampak tak tajuk atas tu? Nampak kan? Hmm, actually. Aku rindu dekat CRUSH aku sorang ni xD haha* dah lama aku tak text dia -.- rasa bosan pulak. Nak text dia takut dia tak ada kredit, tu yang malas :3 tapi apa la nasib kan. Nasib baik ada member ajak text, hilang lah sikit rasa bosan aku. Tak kisah la member aku tu sweet ke sour orang nya asalkan tak membosankan ^^ 

Aku dah tak kuasa nak cari CINTA lagi, aku nak biarkan cinta tu datang dengan SENDIRI tanpa di CARI. Sekarang, dengan senang hati. Rela hati, tanpa paksaan. Aku dengan selamber badak nya reject mentah mentah dengan budak yang mintak couple dengan aku xD hahahahahaha ~ okayy ini KEJAM ! Aku peduli apa kan? Penat lah setiap kali aku je kena jaga hati orang lain, tapi hati aku? Tak ada siapa jaga pun.

Tapi ! Sekarang aku dah bahagia :) dah 3bulan rasanya aku single xD cool wei ! HAHA ! Tenang rasa hati even ada rasa sikit JEALOUS dengan couple lain berSWEET depan aku :'D tapi tak apa, one day I'll meet the perfect person that Allah give it to me :) *tah apa aku merepek tah* 

Pape pun, aku rindu adikk kesayangan aku ! Dekat sekolah kami tak dating tahu ! Kami jumpa bila kami terserempak je, tu pun jarang bertegur :D sweet bukan? HAHA ! Perasan gila -.- to Kak Hadaaa ! Nanti kita belanja coklat CADBURY ye bakal kakak IPAR >.< HAHA ! Kbye :* 


2weeks holidays !
04 Jun, 2013 • 2:28 PG • 0 comments

Heyy peeps ! Harini hari Selasa bersamaan dengan 4 JUN 2013, lagi beberapa hari nak habis cuti sekolah :'). Sesungguhnya, cuti sekolah ni amat membosankan. Duduk rumah besarkan badan je, tak hang tak balik kampung tak pergi jenjalan and what so ever lah. 

RINDU SEKOLAH RINDU KAWAN RINDU CIKGU RINDU SEMUANYA yang ada dekat sekolah :'/ hmm hmm, kauorang tahu tak? CUTI NI LAH CUTI YANG PALING BOSAN  ! Tahu BOSAN?! 

Sejak cuti sekolah mula, aku punya kerja. Bangun pagi, mandi, solat, then pergi jogging. Siapa yang sudi teman ada lah jugak peneman, siapa malas. Gamak nya aku sorang lah yang pergi :'D sekarang kemain rajin lagi aku bangun pagi pergi jog, semua nya gara gara kawan yang dulu nya ajak pergi jog tapi semua nya malas x'D ahahahahahaha ~

Now, aku single. Erh? Yeke aku single? Hmm hmm, aku sendiri pun tak tahu menahu apa status aku sekarang. Adikk, akak doakan adikk cepat SEMBUH ! And, JANGAN TINGGALKAN akak SORANG SORANG kat dunia ni, :') akak tak larat nak tanggung semua derita yang akak ada sekarang. Hmm hmm,

Adikk muncul dalam hidup akak kan, akak rasa macam baru lahir kat dunia ni *Ayat ajet je ni* . Hmm, akak tak pernah ada adikk. Nak jugak merasa ada adikk ni kan? :'D Adikk selalu ada dengan akak bila akak SEDIH, HAPPY, MOODY, and what so ever lah. Sekarang akak SAYANG ADIKK akak sorang ni :'* 

Sejak kebelakangan ni, adikk kak Hada ni suka text merepek-repek. Adikk dah kenapa? :'O hmm, selalu sangat buat aku rasa tak sedap hati = =' bila ditanya tak ada pape. Dah la cuti ni pokai nak topup, dia pun text sekali dua je. -.- rasa BOSAN !!! Tak ada orang nak ajak burak, :') 

<Tah amenda lah yang aku burakkan ni pun aku dokk tahu, layan jo lah apa yang aku tulis ni. Kbye, assalamualaikum>

Happy Mother's Day !
11 Mei, 2013 • 10:06 PTG • 0 comments


Heyy peeps ! I'm back for a few minutes, here we go okayy. Harini 12 Mei 2013 bersamaan dengan HARI IBU SEDUNIA ! Happy Mother's Day mama, NorAini Abu Samah. Love you forever, maafkan adik kalau adik ada banyak buat salah dekat mama. Tak ada niat pun sebenar nya :'D 


Aku hanya mampu wish yang ikhlas melalui surat yang aku tulis malam tadi sambil menangis and berikan satu lilin cawan yang tinggi tu dengan lavender kot, aku harap mama suka. Sebenarnya, aku tak tahu nak bagi apa. Tapi, cukup lah sekadar itu je yang aku mampu berikan pada mama.

Tak dapat raikan harini :') sebab mama baru je pergi kerja, hmm hmm. Harap tahun ni lebih baik dari tahun lepas, kbye :* assalamualaikum :)

Dia? Adik angkat?
24 Mac, 2013 • 7:12 PG • 0 comments

Hello guys ! I'm back ! xD hihii ~ okayy, lets start our story. Opss, sorry. My story and you just listen okayy dear :*

Dia? Kauorang dah tertanya-tanya ke? xD hakhak ~ Okayy, wait for this date 1/4. HAHA ! Okayy, tarikh tu adalah tarikh yang aku dengan dia dah kenal selama 5 Bulan xD hakhak ~ okayy I'm the happiest girl in my world okayy :P. Kalau kauorang nak tau, dia ni seorang yang BAIK, PERAMAH(sangat), SUKA DROP ORANG, NAKAL, and GARANG(sangat) hikhik ~ xD 

Adik angkat? Kauorang tertanya-tanya right? xD hihii ~ okayy, ni kali ke-2 aku ada adik angkat setelah 1 tahun lebih aku dah tak ada apa-apa dengan adikk angkat yang dulu wuuu xD. Adik aku yang sekarang ni, macam good good je pangai ehh. HAHA ! Dia selalu kacau aku time form 3 tahun lepas bila aku dah tak lepak dengan diaorang lost contact siott, tahun ni baru ahh muncul balik dia. Dia nikalau kauorang nak tau, yang dia ni teramat lah GEDIK dan MANJA xD 

Dia ni boleh dikatakan, ramai lah jugak yang minat dia ^^. But, not me okayy. Dia ni aku describekan yang dia seorang yang, baik, nakal, tak lah sombong sangat, peramah, and suka sakat aku. Hihii ~ apa-apa pun aku sayang si MFIMJ dengan si MANA. Siapa culik diaorang dari aku, aku tembak kauorang xD 

Aku nak jugak rasa macam mana ada adik, even adik angkat sekali pun ^_^ hihii ~ macam tak best je kan. Tapi kalau tak cuba kita tak tahu :), Okayy lah. Aku tak ada benda nak story dengan kauorang ;)

>sikit nak cakap, CINTA tu tak boleh dijual beli. Kasih SAYANG tu bukan satu permainan. Maka, hendaklah kauorang jaganya dengan sebaik mungkin atau anda akan terima padahnya.<
{Bila ada orang baru, jangan lah pinggirkan yang lama. Nanti, bila ditinggalkan. Baru terhegeh-hegeh nak cari}

Kbye, assalamualaikum ! *Abaikan kalau aku tulis merapu* 

Impposible :O
03 Mac, 2013 • 12:36 PG • 0 comments


Hello peeps ! xD haha* I'm back here :) now aku nak cerita tentang HATI/CINTA/SAYANG, yeah ~ 

Okayy, hari Jumaat bersamaan 1 haribulan 3 tahun 2013 aku dengan si DIA sudah saling kenal selama 4 bulan :D Alhamdulillah tak ada  apa-apa masalah yang rumit datang semua nya kami boleh hadapi dengan tak berapa nak tenang xD hakhak ~ okayy ini POYO !

Selama ni aku jadi scandal dia je xD haha* okayy ini memang LAWAK, entah macam mana entah boleh sangkut dengan dia aku pun tak tahu :) tapi apa-apa pun, sekarang dah jadi sebahagian dari hidup aku >.< aku terima DIA seADAnya. Tak perlu nak porak peranda kan hubungan orang lain,

Aku suka kacau dia, sebab dia selalu ada waktu untuk aku, tak macam orang lain. Bila susah, sedih, semua lari lah kata kan xD. Apa-apa pun aku just nak kata Aku SAYANG Dia :D no matter what happen, I always LOVE you ~ number 5 okayy ;) 

Dah la, penat aku menaip, kbye :)


Terasa Hati? :'O
23 Februari, 2013 • 6:24 PG • 0 comments


Heyy ! I'm back ~ Miss this blog :'D sekarang aku nak story pasal TERASA HATI...

Sekarang aku tak tahu kenapa dengan diorang ni, aku rasa terabai la weh ! :') Habis semua kau nak berahsia dengan aku, dengan orang lain kau nak cerita. Dengan aku taknak, dengan orang lain layan dengan aku taknak. Bila aku senang semua ada, bila aku susah sorang-sorang pergi tinggal kan aku sendiri :')

Bila aku ada terhegeh-hegeh kutuk aku lah, rindu aku lah, itu la ini la. Hmm, kenapa dunia ni terkadang tak adil? :'D

Aku rindu diorang yang dulu, ada masalah kongsi sama, ada berita kongsi sama, gossip pun sama, belanja selang-seli :'( sekarang semua nya perlahan-lahan hilang dengan sendiri. Mana pergi diorang yang dulu? Aku rindu saat tu, mana kasih sayang yang dulu? Semua hilang dari aku :') 

kata budak ni "3 orang sahabat, jika ada apa apa. Yang seorang dibiarkan yang 2 orang itu dikongsikan" ibarat yang seorang itu tak penting bagi mereka :'D

Selubung dalam selimut, bersendirian, ketakutan menyelubungi diriku.

Assalamualaikum, kbye :')



Perdagangan :O
18 Februari, 2013 • 6:19 PG • 0 comments



Pengalaman jadi budak form 4 memang memenatkan tapi apakan daya masa tak boleh berputar kembali xD
Kelas Perdagangan ni boleh tahan lah, tak lah boring sangat, haha* 
*tak tahu nak taip apa* 
Bulan 3 exam woi ~ haha* adoi satu buku sumpah aku tak berusik xD *bye* 

Akan Merindui Mu :')
19 Januari, 2013 • 1:14 PG • 0 comments


Heyy ! I'm back :') sini teman Sarah nak cerita. Tengok tajuk atas tu mesti korang fikir siapa kan? Actually, entry ni pasal kawan kita ZHZ :') 
Haih, kawan. Zatul Husna Zaharuddin :'D kenapa kau pindah? Nanti kitorang sunyi sebab dah tak dapat dengar suara kau yang huru hara lagi, nanti siapa yang nak belanja kita orang lagi kalau dah tolong kau :'D sumpah aku first time dapat kawan macam kau, walaupun aku agak sedikit tak gemar dengan perangai kau :') 
Husna ! Nanti dekat ERT sana kau ingat dekat kita orang tahu, :') kita orang dekat sini akan selalu ingat dekat kau. Hmm, masa kau ada ni. Kita orang selalu buli kau, kutuk kau, sakitkan hati kau, but. Itu semua biasa kan? baru kawan nama nya, :') nanti kau dekat sana jaga diri elok elok tau dengan TWINS :'D 
Akhirnya, kau ikut jugak kata aku. Fikir masak masak, walaupun bayaran asrama tu mahal nak dekat 1000 lebih. Tapi masa depan kau kena fikir jugak, duduk asrama boleh berdikari dari duduk dekat rumah goyang kaki kan? :') Husna, kau dekat sana nanti kan kalau dah berjaya jangan lupa dekat aku aww ! :'D HAHA ! Anak DIN sini sentiasa ingat dekat kau :')
Always remember you in the number of 4 friends :'D sorry for all if I've do to you :'), english broken abaikan >.<

Tak Tertahan
05 Januari, 2013 • 5:12 PTG • 0 comments


Hai kawan :') kembali lagi kita hari ini dengan keadaan yang tak seberapa nak happy :'D awak semua duduk la sini teman saya, kesian saya kena taip sorang sorang :( jangan la lari tahu. Tolong baca je :'3 tak sampai 10minit je pun :')

Okayy, semalam petang aku lepak tapi bukan dengan geng Eiqa macam hari itu habis kena tepung :'D semalam time nak buat essays Eryn kata dia nak tolong. So, aku pergi la rumah dia then dia suruh aku ajak Fikri and aku call la dia. Masa call tu bapak menyirap la kan, then. Aku bagi no Fikri dekat Eryn suruh dia call, first tak dapat. Second baru dapat kot -_- 

Lepas dah call cakap itu ini, dia pun sampai dekat rumah Eryn. Aku pun taktahu macam mana aku boleh drop eryn x'D rasa kelakar je time tu, aku suruh Fikri datang rumah dia sebab aku nak gantikan terima kasih aku dekat Eryn and aku jodoh kan diorang :') punya lah lama diorang punya meeting A.K.A mengusha x'D

Lepas dah dapat peluang tu, dah selesai semua aku dengan Fikri pun balik lah. Time balik tu muka dia, Ya Allah. Kembang setaman :') aku tau dia suka kat Eryn xD sebab tu aku taknak kawan aku kekosongan :') dalam masa yang sama aku cakap dekat Fikri suruh hantar aku balik :'D lawak la dia ni xD masa On The Way balik tu sekilas je aku jumpa SAYANG aku :'( RINDU siaaa dekat dia :'( happy sekejap je time tu :') rindu nak dengar dia bebel time On The Phone, tenung muka dia :') main cubit cubit dia :'( rindu semua tu :'*

Bila dah balik tu, aku rasa macam nak menangis lagi. Tahan je dari balik lepak petang tu sampai la nak masuk tengah malam, bila rasa mengantuk tu aku naik bilik and masa nak tidur tu aku ada texting dia last kredit tanya free bla bla bla. Kata kat dia aku MISS dia gila gila :'( aku tak tahu kenapa masa dia dah reply text aku tu, aku dah memang agak dia mesti busy :( masa dia reply tu aku tengah dengar lagu favorite aku :'3 and aku lagi sekali tak tahu kenapa tah tertahan airmata aku. Terus jatuh laju :'( 

Aku tak tahan lagi nak tanggung RINDU ni Ya Allah :'( tak larat dah :'( dia dah bagi aku semangat hidup yang baru wehhhhh ! :'( Dia jugak la yang selalu bebel dengan aku even aku ni DEGIL MANJA and what ever :')

  • AKU RINDU M F I M J !!! AKU SAYANG DIA WEHHH ! :'( 


Sekolah xD
02 Januari, 2013 • 5:55 PG • 0 comments

(Pinjam gambar Lebanon_High_School_Kentucky xD)

Hellooo helloooo, i'm back here xD sila duduk dan baca dulu apa yang aku nak story ni :D cerita ni awesome tak awesome sangat lah, kalau taknak baca sila angkat kaki anda dan berambus dari sini xD hikhik ~

Okayy, first day sekolah excited gila. Masa nak keluar rumah pagi tadi nak amik kawan tak ada lah jem sangat jalan, sampai je dekat satu taman ni perggghhhh. Wa cakap sama lu cenggini ha (Y) seronok la bhai, sampai 7.05 jem eh. Tapi tak apa, asalkan datang sekolah dengan selamat. Masa dah sampai sekolah tu macam biasa lah, ada je suara yang membebel kat atas pentas. Nasib baik tak panjang kalau tak, memang huru hara la kami duduk dekat perhimpunan pagi tu.

Lepas kena ceramah bagai pagi tadi, ada taklimat untuk form 4 tahu. Kita orang kena isi borang untuk menentukan aliran mana yang kami amik, masa isi tu lah kan. Cikgu kita orang cakap kalau nak amik Sains tak boleh ada D tahu tak D ! Betapa sentap nya hati gua derrr, hakhak ~ tapi tak apa. Lepas isi borang aliran kelas semua, masing masing dengan keputusan sendiri tekad lagi nekad nak amik aliran PERDAGANGAN tahu? PERDAGANGAN ! HAHA ! 

Lepas selesai dengan semua menda jadah tu semua, kita orang beratur ikut kelas yang telah dipilih tadi. Kita orang ingat kelas yang dulu ada 4 kelas, sekarang dah jadi 7 kelas. Tahu apa yang ditambah nya? Kelas aliran Sains, Sains Agama, Prinsip Akaun, Prinsip Akaun Agama, Perdagangan, MPV 1 and MPV 2. Gempak kan? HAHA ! 

Masa dah selesai semua pasal hal kelas, masing masing balik ke kelas dengan muka seronok lagi beronok-ronok. HAHA ! Bila dah lama tak datang sekolah, jadi penat dan lelah naik tangga baru tingkat 2. Hikhik ~ bila dah masuk kelas semua lantik itu ini, selesai. Masing masing tak puas hati je perangai xD dalam kelas PERDAGANGAN wa cakap dengan lu derr, cenggini ha (Y) ramai gila. 35 orang tahu? 35 ORANG !

Bila, dah selesai pasal hal kelas pulak, semua budak duduk rileks sambil huru hara dalam kelas sampai la waktu rehat. Semua isi makan dalam perut, haha* tahu tahu dah lapar sangat xD. Lepas rehat tu, kita orang terus belajar. And time belajar tu jugak lah, semua budak dah blurrr. Ada yang mengantuk, ada yang berborak and ada yang tidur xD. Memang lawak la masing masing bila macam tu, bila dah nak habis waktu persekolahan, semua huru hara. HAHA ! Macam orang hilang anak xD tak boleh blah gila, 
HAHA ! K aku taktahu apa yang aku carutkan dekat atas ni, so. Korang pepaham je la ek, xD, babai :* 


PMR? Alhamdulillah
19 Disember, 2012 • 9:41 PTG • 0 comments


Hi peeps ! Harini nak cerita pasal result lah, meh sini duduk baca apa yang aku taip ni xD. 

Semalam 19/12/12 right? HAHA ! Serious tak sabar nak pergi sekolah semalam, masa tunggu result pukul 11.30 lebih tu aku kat rumah 10.30 dah check melalui SMS pasal result aku. Masa check tu dia reply lambat sebab ada banyak masalah, last last bila dah reply aku jadi budak tak betul masa dia reply kata aku dapat 1B 4C 3D. Alhamdulillah lulus semua subjek,

Tapi aku still tak puas hati sebab batch 97's ni gred menurun and bilangan pelajar mendapat straight A's turun berapa peratus, hikhik ~ masing masing bega+pemaleh. Hoho ~ apa apa pun nasib baik mama aku and papa aku tak marah, just said nasib baik tak ada yang gagal. Aku pun mampu main sengih sengih je, hikhik ~

Kepada yang dapat straight A's tu tahniah lah kayy, and yang tak ada A's and gagal tu nanti dalam SPM buat la elok elok. Tak nak main main dah, SPM tu lah yang menentukan segala nya xD mama ! Adik tak nak masuk ASRAMA !!! Kayy mama, hihii ~

Aku taknak pindah, malas nak pindah, leceh saje, hihii ~ kbai :P


Lagi 3 hari O.o
15 Disember, 2012 • 11:35 PTG • 0 comments


Hi peeps ;), meh sini baca lagi. Jangan bangun p mana mana duduk je depan lappy korang tuh baca entry aku ni aww sayang :*

To batch 97, korang dah ready belum nak amik result PMR hari rabu ni? 19/12/2012 ni korang tahu,  lagi 3 hari je nak amik result. Cikgu Johari and Cikgu Norlela kata suka hati la nak pakai baju apa pun korang, asalkan pakaian yang sopan dan menutup aurat ;)

So, aku tak harapkan berapa A's pun takut tak akan dapat je nanti. Just berdoa dekat Allah s.w.t saje yang aku mampu, dah la exam haritu Math paper 1 dengan Sejarah susah gila apa yang aku belajar banyak tak masuk. Memang gampang la seh,

Okayy okayy malas aku nak cerita panjang, tak ada idea sena nya. Dah la woi ~ babai 
Batch 97's GOOD LUCK korang, aku doakan korang dapat result yang gempak ! Jumpa kat sekolah nanti, ILOVEYOU M F I M J <3.


Bahagia Mungkin :)
14 Disember, 2012 • 9:06 PTG • 0 comments


Hi geng ! :) bertemu lagi kita harini kan? Nak story cerita ni, korang semua duduk la jangan pergi mana mana kayy sayang. :*

Sebenarnya kan korang, aku ni mudah jatuh hati dengan kawan sendiri poit ! See, aku mudah jatuh cinta. K aku mengaku lepas aku break dengan MHJ aku rasa malas sangat nak fikir pasal couple ni sebab aku dah tak larat asyik kena tipu dan ditipu oh what ever lols, aku rasa macam nak saje cekik mamat tu. Susah sangat ke berlaku adil dan jujur? Apa masalah dia? 

Selama 10bulan berapa hari tah, aku sabar dan tabah menghadapi segala benda yang berlaku masa kita orang couple dulu. Aku sayang dia, tapi dia sendiri khianat sayang dia dekat aku. Aku tau kau menyesal sekarang, tapi aku tak boleh buat apa apa sedangkan kau lelaki kau tahu apa yang kau buat.

And now ! Hati aku sekali lagi cair akibat terlalu sweet sangat berkawan, aku sekarang dah diambil orang la woi ! Tahu tak dah diambil orang? Aku sekarang bahagia mungkin :) aku sekarang dah jadi seorang yang TABAH dan SABAR dengan tahap yang tinggi dan tiada hadnya, aku kini dah 1bulan 14hari dijaga semula oleh si dia yang bernama lelaki :D 

Saya sayang awaa M F I M J :* dia selalu buat aku happy even time aku sedih sekali pun dia selalu ada, kalau tak dulu aku asyik main dengan airmata yang selalu disakiti oleh M H J. And now, aku rasa dia dah bahagia bila aku tak lagi jaga dia, marah dia, sayang dia. :) dear M H J awaa jaga lah diri awaa baik baik. Jangan buat benda yang tak elok, jaga family awaaa, simpan la kenangan yang terlalu banyak saya bagi dekat awaa.

And dear M F I M J too, kau jaga jaga kayy sayang. Aku dah bagitahu awal awal pagi tadi masa kita OTP, aku tau kau jealous hakhak ~ so pandai pandai la kau nak handle kayy budak. Dia ni, suka sakat aku tak kira lah time OTP ke texting ke jumpa ke. Ada je dia tak puas hati, dia selalu kata yang dia ni blablabla. Even aku sendiri tak suka orang yang aku sayang ni smoking, tapi aku lembut kan hati cakap dengan babun yang aku sayang ni kalau nak merokok bukan depan aku and jangan bagi aku nampak.

Dia baru kena soal dengan mak dia malam tadi tak silap, hakhak ~ mak dia bebel cenggini - nak ada awek perangai tu kena elok. Then, mak dia tanya - sebaya kau ke? Dia duduk mana? Satu sekolah dengan kau ke? Then, dia jawab la apa mak dia bebel tu. Lepas tu mak dia diam dah rilex, dia dah segan bila mak dia tegur macam tu. Mak dia garang oh, takut aku. Hakhak ~ 
Aku harap dia boleh jaga aku macam mana M H J jaga aku dulu kayy sayang :* babai.



PAST • FUTURE
The star owner

Hi peeps. Im the owner of this blog
Just known as Sarah

JUST BE YOURSELF :*



TALKIE TALKING


PUT UR CBOX CODE
CREDIT

Own made by : rawrmeansaranghaeyo.blogspot.com
ARINA's